phototrek online

EBC KP (Bhg 1) ~ LIBUR Disember 2007
Bertahun lamanya impian ini dipendamkan. Saya begitu mendambakan untuk menjelajahi kawasan tanah tinggi Himalaya yang mendapat jolokan “Bumbung Dunia” (Roof of the World). Ilusi itu kemudiannya menjadi realiti apabila saya dan enam rakan lain berpeluang mengunjungi Nepal, salah sebuah Negara di Himalaya yang begitu terkenal dengan puncak tertinggi di dunia, iaitu Gunung Everestnya (8,850 meter).

Hari Pertama:	Perjalanan kami bermula pada satu pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, ibunegara Nepal. Kami menaiki pesawat terbang 18 tempat duduk jenis Twin Otter menuju ke Lukla. Perjalanan tersebut mengambil masa kira-kira 45 minit. Pemandangan melalui udara di kawasan tanah tinggi Himalaya sememangnya hebat. Tanah tinggi yang berteres untuk pertanian, muka bumi gersang yang berombak-ombak dan banjaran gunung yang diselaputi salji memutih merupakan gabungan yang amat memukau.

Kesejukan mencengkam tubuh sebaik sahaja kami keluar dari perut kapalterbang sejurus tiba di landasan terbang Lukla. Lukla (2,840 meter) bermaksud kawasan kambing biri-biri dan merupakan pintu masuk utama ke sebelah Himalaya Nepal melalui laluan udara. Kami kemudiannya singgah di sebuah rumah tumpangan untuk berihat dan bersarapan pagi.

Tepat pukul 12.30 tengahari, kami mula mengorak langkah. Kami menempuhi lorong sempit di celah-celah deretan bangunan rumah kedai, bank dan rumah tumpangan. Kami seterusnya melewati kawasan tanah tinggi yang begitu asing buat kami semua. Di tanah air, kami mengembara melalui denai hutan hujan tropika di mana pandangan terbatas oleh pokok dan tumbuhan yang tumbuh subur. Di sebelah Himalaya Nepal pula, segala-galanya terserlah, tiada hutan tebal menghijau yang melitupi pandangan.

Masa seolah-olah terhenti di situ. Hampir kesemua rumah tiada bekalan elektrik dan air bersih berpaip. Tiada talian telefon dan tiada kenderaan yang lalu lalang, walaupun basikal! Mereka berjalan kaki dari satu tempat ke tempat lain. Barangan serta segala keperluan seperti makanan dan bahan bakar kerosen diangkut oleh porter, atau pun jopke, haiwan kacukan lembu dan yak.

Trek yang kami tempuhi juga melalui jambatan keluli yang merentangi Dudh Kosi, atau Sungai Susu dalam bahasa tempatan. Mungkin alirannya yang berwarna agak keputihan menyebabkan ia diberi nama sedemikian rupa. Kami kemudiannya berhenti di Tado Kosi pada pukul 3 petang untuk berihat dan makan tengahari. Kami kemudiannya menyambung perjalanan sejam kemudian dan tiba di rumah tumpangan di Pakding pada pukul 5.30 petang. Hujan turun dengan agak lebat sejurus kami tiba.

Hari Kedua:	Kami meninggalkan Pakding pada pukul 7.15 pagi. Langit cerah dengan cuaca dingin menyambut kami di hari yang baru. Pemandangannya memang hebat. Sungai yang mengalir deras, tebing curam dengan pepohon pain yag tumbuh jarang-jarang dan puncak-puncak yang diselaputi salji memutih menjadi santapan mata yang tidak puas-puas menikmati pemandangan indah ciptaan Tuhan.

Kami menemui ramai pengembara di pertengahan jalan. Mereka datang dari pelbagai pelosok dunia. Mereka datang dari Negara-negara seperti Republik Czech, Azerbaijan, Korea, Rusia dan Jepun. Mereka dan kami mungkin terpisah oleh tembok bahasa dan budaya. Tetapi di Himalaya, kami disatukan oleh minat yang sama. Minat  mengembara di kawasan tanah tinggi tersohor di dunia.

Kami kemudiannya berhenti di Mondzo pada pukul 10.00 pagi. Mondzo adalah pintu masuk ke Taman Negara Sagarmatha yang terkenal dengan ikonnya, iaitu Gunung Everest. Sagarmatha juga diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia (World Heritage Site) di bawah kategori alam semulajadi oleh UNESCO (United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization). Renjer yang bertugas memeriksa permit setiap pengembara sebelum membenarkan mereka meneruskan perjalanan.

Seterusnya, kami menyambung perjalanan sebelum berhenti di Jorsale setengah jam kemudian untuk berihat dan makan tengahari. Laluan dari Jorsale itu membawa kami melalui lereng gunung dan kemudiannya tebing berbatu Dudh Kosi. Kami juga menyeberangi lima jambatan gantung sebelum tiba di destinasi berikutnya, iaitu tempat bermalam di Namche Bazar (3,440 meter) pada pukul 3.45 petang.

Hari Ketiga:	Hari ini kami tidak ke mana-mana, sekadar bersiar-siar di sekitar Namche Bazar. Hari ini merupakan hari untuk aklimatizasi, satu proses untuk penyesuaian badan dengan kawasan tanah tinggi yang berudara nipis. Proses ini penting kerana anatomi badan manusia terjejas di paras yang tinggi. Semakin tinggi seseorang itu berada, semakin rendah ketepuan oksijen dalam atmosfera. Ketepuan oksijen di Namche pada paras 3,440 meter itu hanyalah 65%.

Hampir kesemua pokok yang kami temui di sekitar Namche Bazar berketinggian tidak melebihi 1.5 meter. Pokok-pokok seperti juniper tumbuh perlahan di kawasan tanah tinggi dengan cuaca ekstrem itu. Ia menokok kira-kira 5 sentimeter setahun. Hanya sedikit jumlah spesis flora yang kami temui tumbuh secara semulajadi di kawasan tanah tinggi beriklim ekstrem ini.

Hari Keempat:	Kami bermula agak awal hari ini, iaitu pada jam 8 pagi. Laluan yang kami tempuhi curam, berliku, dan tentunya memenatkan. Dua jam kemudian, kami melewati landasan kapalterbang tertinggi di dunia, iaitu Syangboche (3,720 meter). Landasan tersebut dibina pada 1973 untuk kapalterbang lapan tempat duduk buatan Swiss, jenis Pilatus Porter.

Kami disajikan dengan puncak-puncak memukau yang diselaputi salji di Banjaran Himalaya seperti Ama Dablam (6,856 meter), Tamserku (6,608 meter) dan Kangtega (6,685 meter). Seterusnya pada pukul 11.15 pagi, kami tiba di Everest View Hotel. Menurut Guinness Book of World Records, Everest View Hotel merupakan hotel yang dibina pada paras tertinggi di dunia, iaitu 3,963 meter. Pemandangan dari hotel tersebut merupakan antara pemandangan mengujakan yang sukar kami lupakan. Dari situ, tersergam indah ‘gergasi Himalaya’, seperti Everest (8,850 meter), Lhotse (8,114 meter) dan Lotse Shar (8,393 meter).

Kami meneruskan perjalanan selepas berhenti berihat dan makan minum selama sejam. Kami kemudiannya menuruni trek yang sedikit curam melalui hutan pain dan kurang sejam kemudian, kami tiba di rumah tumpangan di Khumjung (3,780 meter). Khumjung juga dikenali sebagai The Hidden Valley (Lembah Nan Tersembunyi). Pada sebelah petangnya pula, kami berkunjung ke kawasan berhampiran, iaitu Khunde (3,840 meter). Khunde mendapat perhatian dunia kerana di situlah terbinanya hospital pertama di Himalaya. Hospital tersebut dibina atas inisiatif salah seorang pendaki pertama yang menakluki Everest, iaitu Edmund Hillary.

Hari Kelima:	Hari ini suhunya sedingin 10 darjah Celsius dan kami mula mengorak langkah pada pukul 7.45 pagi. Kami menuruni cerun yang dihiasi indah, antara lainnya dengan pepohon Rhododendron yang berbunga merah dan putih. Kami juga menempuhi hutan pain biru. Kami melewati tempat-tempat seperti Sanasa dan Losasa sebelum berhenti di Phungi Tenga pada pukul 9.45 pagi untuk berihat dan makan minum.

Sejam kemudian, kami menyambung perjalanan melalui trek yang menaik berhampiran sebuah kem tentera yang kecil. Cuaca agak dingin serta jalan yang kami tempuhi kering dan berdebu. Kami turut menemui banyak yak dan jopke yang membawa bebanan. Sesungguhnya, laluan yang kami tempuhi tidak pernah sunyi dari yak serta jopke, porter dan pengembara dari pelbagai Negara.

Pada pukul 1.15 tengahari, kami tiba di Tyangboche (3,860 meter) yang terkenal dengan biara Buddhanya. Agak lama juga kami berhenti di situ sambil menunggu beberapa rakan menghantar berita ke tanah air melalui e-mel. Kami seterusnya bergerak meninggalkan Tyangboche pada pukul 3.00 petang dengan menuruni anak-anak tangga batu yang melalui hutan Rhododendron. 20 minit kemudian, ketika gerimis mula turun, kami tiba di rumah tumpangan di Deboche (3,170 meter).

Hari Keenam:	Kami meninggalkan Deboche pada pukul 7.40 pagi dalam suasana yang indah, dengan langit cerah membiru dan cuaca yang dingin. Pokok-pokok pain dan Rhododendron mencantikkan kawasan yang ditempuhi. Kami juga melintasi jambatan keluli yang merentangi Dudh Kosi, sungai yang mendominasi kawasan Himalaya Nepal. Dua jam selepas meninggalkan Deboche, kami tiba di Pangboche (3,930 meter). Kami berhenti sekejap di Pangboche sebelum meneruskan perjalanan dan tiba di Shomare (4,010 meter) pada pukul 11.00 pagi. Agak lama juga kami berhenti di situ untuk berihat dan makan tengahari. Kami menyambung perjalanan sejam kemudian.

Kawasan yang kami tempuhi hampir-hampir gondol kerana di paras melebihi 4,000 meter, tiada pokok berkayu yang mampu tumbuh tegak. Pokok-pokok juniper yang sebelum ini berdiri tegak kini hidup melata dan bertompok-tompok. Manakala itu, seperti mana hari-hari yang pernah kami lewati sebelum ini, hari yang cerah bertukar kepada berkabus dalam sekelip mata. Manakala itu, pada pukul 2.30 petang, dengan badan yang dicengkam keletihan dan kesejukan, kami tiba di rumah tumpangan di Dingboche (4,410 meter).

Hari Ketujuh:	Hari ini juga merupakan hari untuk aklimatizasi, seperti mana tatkala kami tiba di Namche Bazar beberapa hari lepas. Saya dan beberapa rakan bersiar-siar di kawasan tanah tinggi berhampiran. Pemandangan tanah tinggi di sebelah Dingboche tidak kurang hebatnya, amat mengujakan dan mengasyikkan. Puncak Ama Dablam yang diselimuti salji tersergam indah di hadapan tempat kami menginap.

Kami kemudiannya duduk berkumpul di tempat penginapan yang mendapat kepanasan dari diang yang menggunakan tahi yak kering sebagai bahan bakar. Bahan ini lumrah digunakan kerana kesukaran mendapatkan kayu api di kawasan tanah tinggi yang tandus ini. Kami duduk berbual-bual kosong, sambil makan minum. Buat pertama kalinya di sepanjang ekspedisi, kami menonton cakra padat video filem cereka melalui kaca televisen yang mendapat kuasa dari bateri bekal kereta.

Pengembaraan yang lama di tanah tinggi ini telah mendatangkan musibah kepada beberapa rakan. Sebahagian dari kami diserang Mabuk Gunung Akut (Acute Mountain Sickness, AMS). Kami terpaksa mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan masalah tersebut seperti berihat, minum air yang banyak dan makan pil Diamox (Acetazolamide). AMS yang tidak dirawat boleh membawa kepada HAPE (High Altitude Pulmonary Oedema) dan HACE (High Altitude Cerebral Oedema). Kedua-duanya boleh membawa maut.

Sup bawang putih merupakan kaedah tradisional masyarakat setempat yang dikatakan boleh membantu mengurangkan simtom Mabuk Gunung Akut (AMS) seperti pening kepala, mual dan kurang selera makan. Bawang putih banyak ditanam di kawasan yang kami lewati. Selain dari bawang putih, kentang juga ditanam secara meluas kerana menjadi salah satu sajian utama.

Hari Kelapan: Kami kerap menggigil kesejukan dan mentari yang memancar terik kemudiannya memberikan haba yang amat kami nanti-nantikan. Tepat pukul 7.30 pagi, kami memulakan perjalanan melalui laluan di kawasan yang mencanak dan memenatkan. Walaupun begitu, hati begitu teruja tatkala melihat keindahan puncak-puncak bersalji dan berais seperti Cholatse (6,335 meter), Pumo Ri (7,165 meter) dan Lobuche East (6,119 meter).

Laluan kemudiannya beransur-ansur mudah dengan cuaca yang agak berangin. Pukul 9.45 pagi, kami berhenti rihat di Dughla (4,620 meter). Turut bersama kami adalah pengembara dari Great Britain. Kami berada di situ agak lama juga sebelum menyambung perjalanan pada pukul 11.30 pagi.

Perjalanan kemudiannnya sukar kerana menempuhi kawasan yang mencanak. Laluan tersebut beransur-ansur membawa kami ke kawasan dataran tanah tinggi. Terdapat memorial untuk memperingati mereka yang ‘gugur’ di kawasan Himalaya yang serba mencabar itu. Antaranya termasuklah Trevor Eric Stokol, seorang warga Amerika berketurunan Yahudi yang terbunuh beberapa tahun yang lalu ketika cuba menakluki Everest.

Kami juga mula menempuh kawasan yang bersalji. Di pertengahan jalan, kami tersua dengan Vincent Loh, yang kemudiannya mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia keenam dan tertua berjaya menjejakkan kaki ke puncak Everest. Butiran-butiran salji kemudiannya turun. Bagi sesiapa yang datang dari Negara panas, ianya merupakan pengalaman yang cukup mengujakan dan mengembirakan. Seterusnya pada pukul 2.00 petang, kami tiba di Lobuche (4,910 meter) dalam keadaan letih dan menggigil kesejukan.

Saya sempat berbual-bual dengan seorang gadis Barat ketika menunggu makan malam di tempat kami menginap di Lobuche. Beliau mengatakan bahawa beliau berasal dari Afrika Selatan dan datang mengembara di sebelah Himalaya Nepal bersama ayahnya yang lanjut usia. Saya juga sempat bertukar-tukar khabar dengan dua juruterbang yang masing-masing berasal dari Australia dan Argentina.

EBC KP (Bhg 2) ~ LIBUR Januari 2008
EVEREST BASE CAMP & KALAPATTHAR…IMPIAN KU SEJAK DULU

(BAHAGIAN 2)

Hari Kesembilan:	Kami mula mengorak langkah kira-kira pada pukul 7.00 pagi dalam suhu paras beku kosong darjah Celsius. Seperti mana semalam, kami mengembara melalui kawasan gondol yang hampir-hampir tandus dari sebarang tumbuhan. Satu dunia yang begitu aneh yang berlandskapkan batu-batu besar, jurang yang dalam dan puncak-puncak gunung berais serta bersalji.

Sejak semalam juga, kami menempuhi Glasier Khumbu. Glasier Khumbu merupakan sungai ais yang mengunjur dari Everest Base Camp, salah satu dari dua destinasi utama pengembaraan ini. Kami juga sempat berseronok bermain salji. Ibarat anak-anak kecil, kami membaling kepalan salji ke arah satu sama lain dan berguling di atas hamparan salji yang putih bersih. Keseronokannya sukar digambar dengan kata-kata. Hilang segala kepenatan yang ditanggung selama ini di trek yang senantiasa mencabar mental dan fizikal.

Pada pukul 10.30 pagi, kami menyambung perjalanan dan tiba di destinasi berikutnya, iaitu rumah tumpangan di Gorak Shep (5,140 meter). Gorak Shep merupakan penempatan kekal terakhir yang didirikan dari Lukla sehinggalah ke Everest Base Camp.

Hari Kesepuluh:	Kami bermula awal hari ini, iaitu kira-kira pukul 6.15 pagi. Laluan yang kami tempuhi adalah antara yang paling sukar dan merbahaya. Ianya berceranggah dengan ais dan batu-batu licin serta agak kering dan berdebu. Kami juga menempuhi tebing yang curam. Jika silap langkah, kami boleh terjerumus jauh ke dalam jurang Glasier Khumbu.

Kami juga terjumpa dengan bangkai helicopter ketika menghampiri Everest Base Camp. Helikopter kargo MI-17 buatan Russia itu jatuh terhempas beberapa tahun lalu dan mengorbankan juruterbangnya. Seterusnya, tiga jam selepas meninggalkan Gorak Shep, kami tiba di Everest Base Camp (5,364 meter). Tempat tersebut merupakan pengkalan bagi mendaki Everest dari sebelah Nepal. Bagi sesetengah pendaki pula, mereka melakukannya dari laluan yang lebih sukar dari Negara berhampiran, iaitu Tibet.

Everest Base Camp merupakan kawasan berais dan bersalji yang didominasi oleh khemah pelbagai saiz, bentuk dan warna. Tidak salah jika ia diberi jolokan kota khemah kerana tiada struktur kekal yang dibina di kawasan tersebut. Pemandangan di kawasan sekitarnya juga hebat dengan formasi ais pelbagai bentuk. Nun sayup-sayup berhampiran adalah Aisterjun Khumbu, tempat permulaan untuk mendaki ke puncak tertinggi dunia, iaitu Gunung Everest (8,850 meter).

Kami difahamkan terdapat 25 kumpulan dari pelbagai Negara, termasuk Malaysia, menunggu giliran untuk mencipta nama di laluan yang telah mengorbankan 175 pendaki pada 23 Mei 2001. Laluan ke puncak Everest bukanlah laluan santai yang mampu ditempuh oleh sesiapa. Hanya mereka yang benar-benar tabah mampu melakukan sesuatu yang dianggap mustahil pada satu masa dahulu sebelum Edmund Hillary dan

Tenzing Norgay berjaya menaklukinya buat kali pertama pada pukul 11.30 pagi, 29 Mei 1953. Selama 50 tahun berikutnya, 1,200 pendaki dari 63 negara telah mengulangi kejayaan tersebut.

Kami kemudiannya berpatah balik ke rumah tumpangan di Gorak Shep. Perjalanan hari ini amat memenatkan dan tiada yang lebih seronok selain dari dapat menamatkan pengembaraan ini dengan selamat.

Hari Kesebelas:	Kami dijangka akan menempuh perjalanan yang lebih panjang hari ini. Kami meninggalkan tempat tidur yang empuk dan hangat seawal pukul 4.20 pagi. Kami berjalan membelah kegelapan awal pagi dalam cuaca yang amat sejuk dan berkabus dengan lampu suluh di kepala.

Kami terpaksa berjalan perlahan-lahan kerana cepat tercungap-cungap jika berjalan laju. Perkara ini adalah normal kerana ketepuan oksijen atmosfera hanyalah 50% di paras melebihi 5,000 meter dari aras laut jika dibandingkan dengan kawasan rendah. Sukar dibayangkan bagaimana seseorang mampu menjejakkan kaki di puncak Everest yang ketepuan oksijennya hanya tinggal 30%. Lebih mengagumkan lagi apabila Reinhold Messner, seorang pendaki warga Itali, berjaya menjadi manusia pertama secara solo menakluki Everest pada Ogos 1980 tanpa bekalan oksijen!

Kami mendaki melalui laluan berliku yang agak mencanak. Hari yang gelap beransur-ansur cerah dan mentari merah awal pagi menghiasi kawasan timur horizon. Pada pukul 6.40 pagi, setelah menempuh laluan berdebu, berbatu dan bersalji, kami selamat tiba di puncak Kala Patthar. Alhamdulillah, kini tercapai juga hasrat kami untuk tiba di puncak yang berketinggian 5,550 meter itu. Memang mengujakan, pemandangan yang dapat kami saksikan dari puncak sukar digambarkan dengan kata-kata.

Namun begitu, kami agak terkilan kerana Gunung Everest tidak dapat kami saksikan kerana kabus tebal menutupi pandangan. Sayup-sayup dari puncak juga kelihatan merah, biru dan kuning khemah-khemah di Everest Base Camp. Kami menggigil menahan kesejukan yang terlampau di puncak. Jangkasuhu memberikan bacaan enam darjah di bawah paras beku! Kami kemudiannya beransur-ansur meninggalkan kawasan puncak pada pukul 7.15 pagi.

Kami mengambil masa kira-kira sejam untuk tiba di rumah tumpangan. Pada pukul 11.00 pagi, selepas mengemaskan peralatan dan bersarapan pagi, kami mula meninggalkan Gorak Shep. Lebih kurang dua jam kemudian, kami berhenti di Lobuche. Tidak seperti mana kunjungan pertama dahulu, kami hanya singgah untuk berihat dan makan tengahari dan bukannya untuk bermalam.

Setengah jam kemudian, kami mengorak langkah menyusuri laluan dan tiba di Dughla sejam selepas meninggalkan Lobuche. Kami tidak berhenti di situ, sebaliknya terus berjalan menuruni cerun curam ke sebuah lembah yang menghijau. Cuaca kembali berkabus dan suhu sejuk memaksa kami terus berjalan bagi mengelakkan tubuh menggigil kesejukan. Segala-galanya kelihatan penuh misteri. Kabus yang bertiup mengaburi pandangan. Anak sungai mengalir perlahan di lembah yang menghijau dengan tumbuhan yang melata. Banjaran gunung dengan salji memutih memagari kiri kanan laluan yang kami tempuhi.

Pada satu ketika, pandangan kami benar-benar terbatas oleh kabus yang menebal. Sebaik sahaja kabus menghilang, kelihatan anak-anak yak berlari-lari dan melompat-lompat berhampiran ibunya yang melemparkan pandangan ke arah kami. Ratusan yak meragut rumput dan tumbuhan hijau di situ. Tidak pernah di sepanjang ekspedisi saya berpeluang melihat begitu banyak yak pada satu-satu tempat. Kadang-kala, kami terpaksa meniti bongkah-bongkah batu yang sengaja diletakkan di kawasan yang lecak untuk kemudahan pejalan kaki.

Tepat pukul 4.30 petang, kami selamat tiba di destinasi berikutnya, iaitu Periche (4,270 meter). Alangkah leganya dapat menamatkan perjalanan yang begitu memenatkan itu. Kami terus duduk berkumpul di dewan makan. Seperti mana di tempat-tempat lain yang pernah kami singgahi, tempat itu juga dibanjiri pengembara dari Barat. Satu senario lumrah di sepanjang laluan Lukla-Everest Base Camp dan Kala Patthar.

Hari Kedua Belas:	Pagi itu langit biru dengan awan nipis menyambut kami. Segala-galanya indah di hari yang baru dan kami mula mengatur langkah pada pukul 8.00 pagi. Suhu sejuk yang menyegarkan dan memulakan perjalanan pada waktu pagi di kawasan tanah tinggi yang berpemandangan indah ini merupakan sesuatu yang sering kami nanti-nantikan.

Kini, setelah hampir dua minggu berada di Banjaran Himalaya, segala-galanya tidak lagi asing buat kami. Jalan berbatu dan berdebu, dentingan loceng yak dan jopke yang membawa bebanan, puncak-puncak gunung yang diselimuti salji yang memutih, segala-galanya begitu mengasyikkan dan mengujakan. Kami seolah-lah menjadi sebahagian dari dunia ini, dunia yang begitu asing bagi kita yang dikenali sebagai warga Malaysia.

Kami berjalan kembali di lokasi-lokasi yang pernah ditempuhi sebelum ini. Kini, Orsho, Pangboche dan Deboche bukanlah nama-nama yang asing buat kami semua. Seterusnya, empat jam selepas meninggalkan Periche, kami tiba di Tyangboche. Dulu kami hanya singgah sebentar di situ tetapi kini, kami singgah untuk bermalam.

Hari Ketiga Belas:	Kami meninggalkan Tyangboche pada pukul 7.30 pagi. Cuaca tetap dingin tetapi menyegarkan di hari yang baru. Kami lebih banyak menuruni dari mendaki laluan. Kami kemudiannya melepasi persimpangan Khumjung-Gokyo. Gokyo juga merupakan kawasan yang terkenal dengan laluan trekingnya yang hebat. Namun, kami kesuntukan masa untuk meneruskan perjalanan ke situ walaupun jiwa meronta-ronta untuk ke situ .

Kami melalui laluan yang dibina berhampiran tebing yang amat curam dan dalam, mungkin ratusan meter dalamnya. Kami mengatur langkah dengan berhati-hati. Silap langkah sudah tentu membawa padah. Nun jauh di seberang terdapat air terjun yang mencantikkan lagi suasana. Begitu juga pepohon rhododendron dan beberapa jenis pokok pain yang tumbuh di lereng bukit curam, segala-galanya indah dan mengasyikkan.

Kami seterusnya menempuh Kyangjuma (3,550 meter) dan empat jam selepas meninggalkan Tyangboche, kami kembali ke Namche Bazar. Namche Bazar, kota orang Sherpa yang tidak pernah sunyi dari kunjungan pengembara dari seluruh dunia, tua dan muda. Hujan renyai-renyai turun, menyambut kedatangan kami dari perjalanan yang jauh dan meletihkan.

Hari Keempat Belas: Jam di tangan saya menunjukkan ke pukul 8.00 pagi. Kami mengucapkan selamat tinggal kepada Maya, pengurus dan tuan punya Hotel Namche, tempat kami menginap. Kami kemudiannya berada semula di jalanan. Masih jauh lagi jarak yang harus ditempuh.

Buat kali keduanya di sepanjang ekspedisi, kami menempuhi semula lokasi-lokasi seperti Jorsale, Modzo dan Air Terjun Tok-Tok. Kami turut menyeberangi kembali beberapa jambatan gantung yang merentasi Dudh Kosi. Jambatan yang merentangi jurang-jurang dalam yang di bawahnya mengalir deras sungai yang menjadi nadi kehidupan Nepal Himalaya sejak ratusan tahun. Sungai yang diairi oleh glasier dan ais yang mencair. Sungai yang mewarnai tamadun masyarakat yang rata-ratanya berhijrah dari Negara berhampiran seperti Tibet berkurun yang lampau.

Pada pukul 12.00 tengahari, dengan tibanya kami di Pakding, perjalanan untuk hari keempat belas ini pun tiba di penghujungnya. Kami singgah untuk menginap semula di tempat yang kami mula-mula sampai dahulu, yang tidak sunyi dari pengembara seperti kami.

Hari Kelima Belas: Hari ini kami bermula pada pukul 8.15 pagi. Destinasi kami pada hari ini adalah Lukhla, tempat di mana segala-galanya bermula. Tempat yang juga akan menjadi garisan penamat bagi pengembaraan yang penuh bermakna ini. Kami terus menerus berjalan menempuhi beberapa perkampungan masyarakat setempat, di mana batu-batu merupakan bahan binaan penting.

Rumah dan bangunan di sekitar kawasan yang kami jelajahi dibina menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di situ, termasuk batu granit dan slet. Bongkah-bongkah granit dipahat dan disusun membentuk struktur binaan. Granit juga digunakan sebagai tembok yang memagari kawasan rumah. Batu slet yang berbentuk kepingan  digunakan untuk bahagian bumbung dan batu ‘mani’. Kepingan batu ‘mani’ yang diukir dengan mantera-mantera Buddha disusun di kawasan strategik di sepanjang laluan yang kami tempuhi.

Pada pukul 12.30 tengahari, setelah berjalan kaki selama 15 hari meneroka kawasan Himalaya Nepal, setelah mendaki Everest Base Camp dan Kalla Patthar, kami menamatkan ekspedisi di Lukhla. Sebagaimana hari pertama kami tiba, Lukhla tidak pernah jemu menyaksikan kedatangan dan kepulangan perantau seperti kami.

Pada sebelah malamnya pula, sepertimana waktu-waktu terdahulu, kami bersembang-sembang sambil menikmati hidangan. Hidangan utama di sebelah sini adalah dhal bhat, nasi yang berlaukkan kuah dal yang dimasak bersama sayuran dan kentang. Momo, yang agak serupa dengan kuih pau di tanah air juga popular. Ia dihidangkan samada berkukus atau bergoreng. Makanan barat seperti pizza, kentang goreng dan spageti juga mudah diperolehi.

Keesokan harinya, kami menaiki kapalterbang ke Kathmandu. Manakala lima hari kemudian, ibarat sireh pulang gagang, kami selamat tiba di tanah air. Kami pulang dengan pengalaman yang amat berharga. Kami pulang membawa kenangan manis, kenangan yang tak mungkin luput dalam ingatan. Mungkin satu hari nanti kami akan kembali ke Nepal untuk menjelajahi kawasan tanah tinggi Annapurna pula. Annapurna, laluan treking yang dianggap paling cantik di dunia. Semoga impian ini juga akan menjadi kenyataan, seperti mana kejayaan kami menjejakkan kaki di Everest Base Camp dan Kalla Patthar.